TATABAHASA

5:04 PM / Posted by Cikgu Ridhuan /

KATA


KATA NAMA

  • KATA NAMA AM
  • KATA NAMA KHAS
  • KATA GANTI NAMA

KATA KERJA

  • KATA KERJA TRANSITIF
  • KATA KERJA TAK TRANSITIF

KATA ADJEKTIF

  • SIFATAN KEADAAN
  • WARNA
  • BENTUK
  • UKURAN
  • PANCAINDERA
  • WAKTU
  • PERASAAN
  • JARAK
  • CARA

KATA TUGAS

  • KATA HUBUNG
  • KATA SERU
  • KATA TANYA
  • KATA PERINTAH
  • KATA PANGKAL AYAT
  • KATA BANTU
  • KATA PENGUAT
  • KATA PENEGAS
  • KATA NAFI
  • KATA PEMERI
  • KATA SENDINAMA
  • KATA PEMBENAR
  • KATA BILANGAN
  • KATA ARAH
  • KATA PEMBENDA
  • KATA PENEKANAN

KATA SENDI NAMA

  1. di
  2. ke
  3. dari
  4. daripada
  5. kepada
  6. pada
  7. untuk
  8. bagi
  9. demi
  10. tentang
  11. terhadap
  12. umpama
  13. seperti
  14. bagai
  15. laksana
  16. dengan
  17. sejak
  18. akan
  19. oleh
  20. hingga
  21. sampai
  22. dalam
  23. antara

KATA NAMA

1. Kata nama am abstrak tak terbilang

Kata nama abstrak ialah sejenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan.

Contohnya: roh,ketibaan,hawa,kecantikan,keadilan,kemunculan,ajaran,ganjaran,kehendak.

Contohnya: satu roh satu jasad (x)

menegakkan satu keadilan(x)

satu kemunculan baru(x)

2. Kata ganti tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pegganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara dirujuk.Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini dan itu

Kata ganti nama tunjuk tidak digalakkan dalam penulisan yang membawa fungsi sebagai subjek dalam ayat

Contoh:

Ini menjelaskan bahawa rancangan itu sangat baik dan berkesan.

Sebaik-baiknya:

Hal ini menjelaskan bahawa rancangan itu sangat baik dan berkesan.

3. Kata ganti nama diri orang

Perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

a. KGND pertama (saya,aku,beta,patik,kami,kita)

b. KGND kedua (anda,engkau,awak,kamu)

c. KGND ketiga (ia,dia,mereka,-nya,beliau,baginda)

-Kata ganti diri ketiga ia

tidak boleh digunakan untuk benda lain selain manusia.

Masalah ini memang rumit dan ia saling mengait antara satu sama lain .(x)

-Kata ganti diri ia juga tidak boleh berfungsi sebagai objek dalam predikat ayat.

Ahmad pergi ke rumah ia awal-awal lagi (x)

-Ia juga tidakboleh diberi kata ganti-nya

Ianya(x)

-Kata ganti nama daku dan dikau

Merupakan kata ganti nama pertama dan kedua yang jarang digunakan.Jika ingin menggunakan daku dan dikau sebelum perkataan tersebut mesti ada kata sendi nama akan atau akhiran-kan.

Contohnya:

Perasaan sayang dikau tidak pernah berubah(x)

Perasaan sayang akan dikau tidak pernah berubah(/)

-Kata ganti beliau

Kata ganti beliau boleh digunakan terhadap orang yang dihormati seperti ibu bapa,guru,menteri atau orang-orang tua bukan sebaliknya

Contohnya

Beliau ditangkap kerana berkhalwat(x)

Kanak-kanak itu menangis dari pagi lagi,beliau rindu akan ibunya.(x)

Kata ganti nama tanya

Kata ganti nama tanya merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.Ada tiga ganti nama diri tanya: apa,siapa,mana

Jika kata ganti nama tanya digunakan dalam ayat penyata,ayat perintah atau ayat seruan,maka kata tersebut mesti digandakan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan.

Pelajar itu membawa apa sahaja yang dijumpainya.(x)

Pelajar itu membaca apa-apa sahaja yang dijumpainya(/)

Pilihlah siapa saja yang berkenan(x)

Pilihlah sesiapa/siapa-siapa sahaja yang berkenan(/)

Cis mana tempat aku pergi kau selalu ada(x)

Cis,mana-mana tempat aku pergi kau selalu ada(/)

*Kata tanya bila juga berlaku perkara sedemikian.

Beritahulah saya,kita boleh berjumpa bila masa sahaja.

Beritahulah saya,kita boleh berjumpa bila-bila masa sahaja.

0 comments:

Post a Comment