TATABAHASA

7:36 PM / Posted by Cikgu Ridhuan / comments (0)

KESILAPAN UMUM TATABAHASA



KESILAPAN PENGGANDAAN KATA

SALAH
Banyak organisasi-organisasi
BETUl
Banyak organisasi

SALAH
Beberapa orang peminat-peminat
BETUl
Beberapa orang peminat

SALAH
Sebahagian daripada peneroka-peneroka
BETUl
Sebahagian daripada peneroka

SALAH
Duta besar-duta besar
BETUl
Duta-duta besar

SALAH
Antara kedua tugas
BETUl
Antara kedua-dua tugas

SALAH
Berbagai isu-isu
BETUl
Berbagai-bagai isu


SALAH

Daun-daun kering berguguran
BETUl
Daun kering berguguran




KESILAPAN PENGGUNAAN ADALAH DAN IALAH

SALAH
Anak adalah anugerah Allah
BETUl
Anak ialah anugerah Allah

SALAH
Beliau adalah orang yang pertama….
BETUL
Beliau ialah orang yang pertama…


SALAH
Kursus ini ialah untuk
BETUL
Kursus ini adalah untuk

SALAH
Dunia ini ialah fana
BETUL
Dunia ini adalah fana

SALAH
Adalah dimaklumkan bahawa
BETUL
Dengan ini dimaklumkan bahawa

SALAH
Para pelajar adalah dipelawa memohon
BETUL
Para pelajar dipelawa memohon





KESILAPAN PENGGUNAAN DI,DALAM DAN DI DALAM



SALAH
Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang pengurusan…
BETUL
Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang perniagaan

SALAH
Di dalam pelbagai bidang kehidupan
BETUL
Dalam pelbagai bidang kehidupan

SALAH
Di dalam hal ini, kita semua setuju
BETUL
Dalam hal ini, kita semua setuju

SALAH
Semua peserta berkumpul dalam dewan
BETUL
Semua peserta berkumpul di dalam dewan

SALAH
Malaysia pernah terperangkap di dalam kegawatan ekonomi
BETUL
Malaysia terperangkap dalam kegawatan ekonomi

DI ANTARA DAN KESALAHAN PENGGUNAAN ANTARA

SALAH
Masalah disiplin merupakan di antara perkara yang dibincangkan….
BETUL
Masalah disiplin merupakan antara perkara yang dibincangkan…

SALAH
Pertandingan Bahas di antara Sekolah-Sekolah Menengah Berasrama Penuh
BETUL
Pertandingan Bahas antara Sekolah Menengah Berasrama Penuh

SALAH
Anak kecil itu duduk diam antara ibu dengan bapanya.
BETUL
Anak kecil itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya.

SALAH
Di antara ilmu perubatan dan ilmu biologi ada persamaannya
BETUL
Antara ilmu perubatan dan ilmu biologi ada persamaannya.





KESILAPAN PENGGUNAAN DI DAN KE

SALAH
diangkasa

BETUL
di angkasa

SALAH
diantara
BETUL
di antara

SALAH
diabad ke-20
BETUL

pada abad ke-20

SALAH
di hukum

BETUL
dihukum

SALAH
ke tiga
BETUL
ketiga

SALAH
kesana
BETUL
ke sana

SALAH
ke4/ke 4
BETUL
ke-4


























TATABAHASA

5:04 PM / Posted by Cikgu Ridhuan / comments (0)

KATA


KATA NAMA

  • KATA NAMA AM
  • KATA NAMA KHAS
  • KATA GANTI NAMA

KATA KERJA

  • KATA KERJA TRANSITIF
  • KATA KERJA TAK TRANSITIF

KATA ADJEKTIF

  • SIFATAN KEADAAN
  • WARNA
  • BENTUK
  • UKURAN
  • PANCAINDERA
  • WAKTU
  • PERASAAN
  • JARAK
  • CARA

KATA TUGAS

  • KATA HUBUNG
  • KATA SERU
  • KATA TANYA
  • KATA PERINTAH
  • KATA PANGKAL AYAT
  • KATA BANTU
  • KATA PENGUAT
  • KATA PENEGAS
  • KATA NAFI
  • KATA PEMERI
  • KATA SENDINAMA
  • KATA PEMBENAR
  • KATA BILANGAN
  • KATA ARAH
  • KATA PEMBENDA
  • KATA PENEKANAN

KATA SENDI NAMA

  1. di
  2. ke
  3. dari
  4. daripada
  5. kepada
  6. pada
  7. untuk
  8. bagi
  9. demi
  10. tentang
  11. terhadap
  12. umpama
  13. seperti
  14. bagai
  15. laksana
  16. dengan
  17. sejak
  18. akan
  19. oleh
  20. hingga
  21. sampai
  22. dalam
  23. antara

KATA NAMA

1. Kata nama am abstrak tak terbilang

Kata nama abstrak ialah sejenis kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan.

Contohnya: roh,ketibaan,hawa,kecantikan,keadilan,kemunculan,ajaran,ganjaran,kehendak.

Contohnya: satu roh satu jasad (x)

menegakkan satu keadilan(x)

satu kemunculan baru(x)

2. Kata ganti tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pegganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara dirujuk.Ada dua kata ganti nama tunjuk iaitu ini dan itu

Kata ganti nama tunjuk tidak digalakkan dalam penulisan yang membawa fungsi sebagai subjek dalam ayat

Contoh:

Ini menjelaskan bahawa rancangan itu sangat baik dan berkesan.

Sebaik-baiknya:

Hal ini menjelaskan bahawa rancangan itu sangat baik dan berkesan.

3. Kata ganti nama diri orang

Perkataan yang merujuk diri orang tertentu, iaitu diri orang pertama, diri orang kedua dan diri orang ketiga.

a. KGND pertama (saya,aku,beta,patik,kami,kita)

b. KGND kedua (anda,engkau,awak,kamu)

c. KGND ketiga (ia,dia,mereka,-nya,beliau,baginda)

-Kata ganti diri ketiga ia

tidak boleh digunakan untuk benda lain selain manusia.

Masalah ini memang rumit dan ia saling mengait antara satu sama lain .(x)

-Kata ganti diri ia juga tidak boleh berfungsi sebagai objek dalam predikat ayat.

Ahmad pergi ke rumah ia awal-awal lagi (x)

-Ia juga tidakboleh diberi kata ganti-nya

Ianya(x)

-Kata ganti nama daku dan dikau

Merupakan kata ganti nama pertama dan kedua yang jarang digunakan.Jika ingin menggunakan daku dan dikau sebelum perkataan tersebut mesti ada kata sendi nama akan atau akhiran-kan.

Contohnya:

Perasaan sayang dikau tidak pernah berubah(x)

Perasaan sayang akan dikau tidak pernah berubah(/)

-Kata ganti beliau

Kata ganti beliau boleh digunakan terhadap orang yang dihormati seperti ibu bapa,guru,menteri atau orang-orang tua bukan sebaliknya

Contohnya

Beliau ditangkap kerana berkhalwat(x)

Kanak-kanak itu menangis dari pagi lagi,beliau rindu akan ibunya.(x)

Kata ganti nama tanya

Kata ganti nama tanya merujuk benda atau orang dalam bentuk tanya.Ada tiga ganti nama diri tanya: apa,siapa,mana

Jika kata ganti nama tanya digunakan dalam ayat penyata,ayat perintah atau ayat seruan,maka kata tersebut mesti digandakan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan.

Pelajar itu membawa apa sahaja yang dijumpainya.(x)

Pelajar itu membaca apa-apa sahaja yang dijumpainya(/)

Pilihlah siapa saja yang berkenan(x)

Pilihlah sesiapa/siapa-siapa sahaja yang berkenan(/)

Cis mana tempat aku pergi kau selalu ada(x)

Cis,mana-mana tempat aku pergi kau selalu ada(/)

*Kata tanya bila juga berlaku perkara sedemikian.

Beritahulah saya,kita boleh berjumpa bila masa sahaja.

Beritahulah saya,kita boleh berjumpa bila-bila masa sahaja.

KERTAS BAHASA MELAYU PMR

6:37 PM / Posted by Cikgu Ridhuan / comments (0)

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PMR

KERTAS 1


Kertas ini dikenali dengan kod 02/1 PMR.
Mulai tahun 2005, jumlah soalannya terdiri daripada 40 soalan objektif.
Jumlah masa yang diperuntukkan hanya 1 jam sahaja.

PEMBAHAGIAN KERTAS 1
Soalan 1 – 7
Merupakan soalan – Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat.

Tip menjawab!

· Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun.
· Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut.
· Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus.
· Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk kamus. Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang anda kuasai.



Contoh
Lukisan yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu menunjukkan bahawa pelukisnya mempunyai _________ yang tinggi.
A daya nukilan
B daya rasa
C daya imaginasi
D daya upaya



Soalan 8 – 14

Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi:
(a) Kesalahan dari segi penggunaan kata;
(b) Kesalahan dari segi penggunaan frasa;
(c) Kesalahan dari segi struktur ayat;
(d) Kesalahan dari segi penggandaan;
(e) Kesalahan dari segi pemajmukan; dan
(f) Kesalahan dari segi pengimbuhan.



Tip menjawab!


· Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting.
· Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan.
Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk
-di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada
· Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda.
· Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah.

Contoh
Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya merentasi Selat
A B C
Inggeris. Tiada kesalahan
D





Soalan 15 – 17
Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.


Tip menjawab!

· Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah.
· Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu.
· Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.
· Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.
Contoh:
I Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang pintu itu.
II Filem yang menyayat hati itu memberi kesan kepada penonton.
III Dia memotong rumput supaya halaman rumahnya ada kesan cantik.(x)
IV Penyakit taun memberi kesan yang buruk terhadap industri pemakanan.

A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja (x)
D I, II, III dan IV (x)





Soalan 18 – 21
Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.


Tip menjawab!

Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti. Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan

ü Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.
ü Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.

Contoh
Subhi menceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki Gunung
Ledang di Johor.

A cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan ber-
B bercerita tentang pengalaman dia (x) = dia digantikan dengan –nya.
C menceritakan pengalamannya (ü)
D menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja berimbuhan –kan tidak menerima kata sendi nama; tentang.



Soalan 22 – 24
Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.

Tip menjawab!

ü Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
ü Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga.
Contoh
Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.
ü Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.
Contoh
Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan.
ü Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda.













Soalan 25 –27
Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.



Tip menjawab!

Ø Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga
boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.
Ø Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan. Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.
Contoh
I Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.
II Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.
III Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x)
(sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak)
IV Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja (x)
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja (x)
(Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.)




Soalan 28 – 30

Soalan tentang peribahasa.
Ø Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.
Ø Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi
penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks
Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.


Tip menjawab!

Ø Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.
Ø Cari maksud dan makna peribahasa tersebut.
Ø Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam karangan pelajar.


Soalan 31 – 35
Pemahaman Prosa (KOMSAS)

Soalan 36 – 40
Pemahaman Puisi (KOMSAS)


Tip menjawab!


Ø Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.
Ø Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.
Ø Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.
Ø Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
(a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
(b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;
(c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.
Soalan (a)
Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.
Soalan (b)
Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja.
Soalan (c)
Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.
Ø Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.



KERTAS DUA

A KENALI KERTAS ANDA!

1 Kertas 2 ini dikenali dengan kod 02/2 PMR.
2 Mulai tahun 2005, bentuk atau format kertas ini berubah agak ketara.
3 Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam, manakala markahnya ialah 100 markah.


B PEMBAHAGIAN KERTAS 2

Bahagian A:
Dibahagi kepada dua, iaitu:
(a) Ringkasan – 20 markah
(b) Pemahaman petikan umum (3 item soalan) – 10 markah

Bahagian B
Karangan berdasarkan bahan rangsangan – 20 markah

Bahagian C
Karangan respons terbuka (5 item soalan, pilih 1) – 40 markah

Bahagian D
KOMSAS (Novel) – 10 markah

Jumlah markah keseluruhan – 100 markah





BAHAGIAN A (i)

RINGKASAN

v Soalan ini meminta pelajar menulis ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan berdasarkan sebuah petikan 200 hingga 250 patah perkataan atau 4 hingga 5 perenggan.


Tip Menjawab!


ü Langkah pertama, pelajar haruslah membaca arahan soalan dengan teliti terutamanya untuk mengenal pasti kata kunci/fokus soalan seperti faktor, langkah, kesan, kepentingan, manfaat, implikasi, akibat, cara dan sebagainya.
ü Selepas mengenal pasti kata kunci tersebut, pelajar perlu mencari isi-isi penting dalam petikan berdasarkan kata kunci/fokus soalan yang diberi.Jangan hadkan jumlah isi-isi penting. Carilah sebanyak mungkin yang ada dalam petikan tersebut.
ü Selepas dapat mencari isi-isi penting tersebut, tulis ringkasan dalam satu perenggan yang mengandungi tidak lebih daripada 80 patah perkataan (sekurang-kurangnya mesti ada 6 hingga 7 isi).
ü INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.


ü Lebih baik dan selamat, ubah satu atau dua perkataan yang terdapat dalam ayat isi itu.
Contoh
Fokus soalan
Masalah penjualan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ayat Isi
Ada yang berpendapat bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia masih rendah berbanding dengan rakyat di negara-negara lain.
Cara I
Masalahnya adalah disebabkan amalan membaca masyarakat Malaysia masih rendah berbanding dengan masyarakat di negara-negara lain.

Cara II
Amalan membaca rakyat Malaysia yang masih rendah berbanding dengan rakyat di negara-negara lain merupakan masalahnya.


v Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.
v Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa pelajar).



BAHAGIAN A (ii)

PEMAHAMAN

v Berdasarkan petikan umum untuk membuat ringkasan tadi, pelajar juga perlu menjawab 3 soalan pemahaman.
Soalan 1
Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan.
Soalan 2
Soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4. Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut. Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan. Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).
Soalan 3
Merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.

INGAT!!! Pelajar tidak boleh memberikan pendapat yang sewenang-wenangnya. Oleh itu, untuk selamat, pelajar perlulah bertindak bijak dengan memberikan seberapa banyak isi yang dapat.



BAHAGIAN B

KARANGAN BERPANDU

v Mulai PMR 2005, pelajar akan menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.
v Untuk menjawab soalan ini, langkah pertama yang penting adalah membaca arahan soalan dengan teliti, kerana terdapat kata kunci yang akan membimbing pelajar untuk menghasilkan karangan nanti.



Tip Menjawab!

Contoh:
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kegunaan perpustakaan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.

Ø Berdasarkan arahan soalan tersebut, pelajar dikehendaki menulis tentang kegunaan perpustakaan (kegunaan = kepentingan, kebaikan, faedah, dan manfaat).
Ø Ingatlah, bahawa ini ialah karangan. Oleh itu, haruslah mengandungi pengenalan, tiga isi, dan penutup. Oleh sebab masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit, maka pelajar dinasihatkan hanya menulis sebanyak 120-150 patah perkataan sahaja.
Ø Jangan terlalu mengambil masa yang lama untuk menulis karangan bahagian ini kerana markah yang diperuntukkan hanyalah 20 markah sahaja.


BAHAGIAN C

KARANGAN UMUM

v Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan.
Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.
v Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa.


Tip Menjawab!


Ø Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda tidak memahami isu yang dinyatakan.
Ø Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas yang mungkin.
Ø Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soalan dan jenis karangan tersebut.
Contoh:
Sungguhpun negara anda kian maju, namun pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Kata kunci: Cadangkan langkah-langkah mengatasi
Isu: Pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan.
Jenis karangan: Pendapat

Ø Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, anda digalakkan menulis:
§ Pendahuluan (40 patah kata)
§ Empat isi penting (40 x 4 isi = 160 patah kata)
§ Penutup (40 patah kata)
– Jumlah perkataan = 240 patah kata
– Jumlah yang dikehendaki = 180 patah kata

Ø Perenggan isi hendaklah mengandungi: Fakta + Huraian + Contoh
(F + H + C)




BAHAGIAN D

NOVEL

v Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masing-masing.
v Oleh itu, pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran


v Tip Menjawab!

Ø Untuk menjawab soalan ini, pelajar tidak harus hanya bergantung pada sinopsis sahaja, kerana kebanyakan aspek sastera tersebut memerlukan contoh-contoh yang mesti dikemukakan semasa menjawab soalan.
Ø Semasa menjawab soalan KOMSAS, pelajar diwajibkan menulis dalam bentuk esei/karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual. Jika tidak, markah pelajar akan dipotong.
Ø Sebaik-baiknya tulis isi jawapan dengan formula = FAKTA + CONTOH

Contoh: Nilai yang terkandung dalam novel ‘Panas Salju’ ialah nilai kasih sayang. (FAKTA) Nilai ini dapat kita lihat menerusi watak Zulkifli dan Bushrah, yang sentiasa memperlihat kasih-sayang mereka kepada kedua-dua anak mereka. (CONTOH)

Ø Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam soalan ini.
Ø Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.

UNGKAPAN MENARIK

8:52 PM / Posted by Cikgu Ridhuan / comments (3)

1. Kesimpulan - Tuntasnya/Sebagai intihanya/Konklusinya/Akhir Kalam
2. Kesannya - Ironinya,Impak
3. Dewasa ini - Muthakir ini
4. Dewasa ini - Marcapada ini
5. Pelbagai - Rencaman
6. Alat - Wadah
7. Digiatkan - Disemarakkan
8. Meningkatkan - Memperkasa
9. Masalah,halangan - Kekangan
10. Masalah - Kemelut
11. Zaman global - Arus globalisasi
12Sehubungan itu - Rentetan itu
13. Kerjasama - Sinergi
14. Keruntuhan moral- Kebejatan moral
15. rohani - Ukhrawi
16. Pasti - Nescaya
17. Ambil mudah - Enteng
18. Menggangu - Menerjah
19. Digunakan - Diimplementasikan
20. Tidak mengikut peraturan - Delikuen
21. Isu yang sering dibincangkan - Polemik
22. Peringkat demi peringkat - Secara analogi
23. Penuh semangat - Penuh iltizam
24. kemajuan - Inovasi
25. Praktikal - Pragmatis
26. Menyebabkan - Menjurus
27. Memulakan - Mengorak
28. seluruh - Seantero
29. Hubungan yang erat - Keakraban
30. Konkongan - Belenggu
31. Hebat - Berkaliber
32. Menempa - Mercu
33. Masa kini - Kontemporari
34. Utama - Dominan
35. Mementingkan keseronokan - Hedonisme
36. Membicarakan - menyoroti
37. Penting atau bermakna - Signifikan
38. Mulia - Holistik
39. Sempurna - Ideal
40. Sesuatu yang patut diteladani - Entiti Mithali
41. Falsafah - Filsafat
42. Pendidikan - tarbiah
43. Perubahan yang baik - Anjakan paradigma
44. Walaupun begitu - Kendatipun begitu
45. Terkenal - Tersohor
46. Bersifat kompleks - Sofisikated
47. Dunia - Mayapada
48. Melahirkan,menunjukkan - Memanisfestasikan
49. Pelbagai - Heterogen
50. Cita-cita - Aspirasi
51. Pengetahuan yang cetek - Dangkal
52. Menyerah - Pasrah
53. Kecuaian,lupa - Kealpaan
54. Kerjasama - Komitmen
55. Dihubungkan - Dirangkaikan
56. Mantap - Mampan
57. Suatu alasan yang menjadikan sesuatu wajar dilakukan - Justifikasi
58. Reputasi - Prestij
59. Penghalang - Petualang
60. Menjalankan tugas dengan cekap - Efisien
61. Menyebabkan terbitnya sesuatu - Meledakkan
62. Bekas perdana menteri - Mantan perdana menteri
63. Pembangunan manusia - Modal insan
64. Harta atau aset - Khazanah
65. Berusaha sedaya upaya - Berhempas pulas
66. Dunia tanpa sempadan - Arus globalisasi
67. Mengundang - Menggamit
68. Kemudahan - Prasarana
69. Sikap mementingkan diri sendiri - Nafsi
70. Keadaan - Kondisi